Philips GC5050/02 Manuel d'utilisateur Page 21

  • Télécharger
  • Ajouter à mon manuel
  • Imprimer
  • Page
    / 46
  • Table des matières
  • MARQUE LIVRES
  • Noté. / 5. Basé sur avis des utilisateurs
Vue de la page 20
Petua menyeterika
Meminimumkan kedutan semasa mengering
Mulakan pembuangan kedutan dari proses mengering dengan
membentangkan pakaian dengan betul selepas membasuh dan dengan
menggantung pakaian pada penyangkut untuk mengeringkannya secara
semula jadi tanpa banyak kedutan.
Langkah terbaik menyeterika kemeja
Mulakan dengan bahagian yang memakan masa seperti kolar, rangkai
manset dan lengan baju. Kemudian, seterika bahagian yang lebih besar
seperti depan dan belakang untuk mengelakkan kedutan pada bahagian ini
semasa anda menyeterika bahagian yang memakan masa.
Kolar: Apabila anda menyeterika kolar, mulakan dengan bahagian dalam
dan seterika dari luar (bahagian berbucu) ke dalam. Terbalikkan dan ulang.
Lipat kolar ke bawah dan tekan bucunya untuk hasil yang lebih kemas.
Butang: Seterika pada bahagian dalam butang untuk kerja menyeterika
yang lebih berkesan dan pantas.
Auto-mati Keselamatan
- Untuk menjimatkan tenaga, perkakas ini mati secara automatik apabila
ia tidak digerakkan selama 3 minit dalam kedudukan mendatar, atau
selama 8 minit apabila ditinggalkan berdiri di atas tumitnya. Lampu
Pintar mula berkelip secara perlahan.
- Untuk mengaktifkan seterika, tekan pencetus stim. Seterika mula
pemanasan lagi.
Nota: Seterika stim tidak mati sepenuhnya apabila ia dalam mod Auto-mati
Keselamatan. Cabut plag seterika untuk matikannya.
Pembersihan dan penyelenggaraan
1 Bersihkan perkakas dengan kain lembab selepas setiap penggunaan.
2 Untuk menghilangkan kotoran dengan mudah dan berkesan, biarkan
perkakas memanas dan gerakkan plat tapak pada kain lembap.
Petua: Bersihkan plat tapak dengan kerap untuk memastikan luncuran yang
lancar.
BAHASA MELAYU 21
Vue de la page 20
1 2 ... 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 ... 45 46

Commentaires sur ces manuels

Pas de commentaire